Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kerajaan baharu Thailand pimpinan Anutin angkat sumpah
  • GLOBAL

Kerajaan baharu Thailand pimpinan Anutin angkat sumpah

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERDANA Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, bergambar rasmi bersama anggota kabinet baharu sebelum mereka mengangkat sumpah jawatan di Rumah Kerajaan, Bangkok pada 24 September 2025. Foto AFP

BANGKOK: Kerajaan baharu Thailand di bawah pimpinan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengangkat sumpah hari ini.

Anutin, 59, mengetuai barisan Kabinetnya yang terdiri daripada 36 anggota mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn di Dewan Kediaman Amphorn Sathan, Istana Dusit.

Selepas upacara itu, beliau mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Rumah Kerajaan.

Agenda mesyuarat termasuk kelulusan draf kenyataan dasar yang akan dibentangkan kepada Parlimen serta pengagihan portfolio kepada timbalan perdana menteri dan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau dijadual menyampaikan kenyataan dasar pentadbirannya di Parlimen minggu depan, menandakan bermulanya pentadbiran secara rasmi.

Anutin, yang mengetuai Parti Bhumjaithai, berjanji akan membubarkan dewan rendah parlimen dalam tempoh empat bulan di bawah perjanjian dengan parti pembangkang People’s Party, yang menyokong pencalonannya sebagai perdana menteri tanpa menyertai gabungan parti membentuk kerajaan.

Pada 5 Sept lepas, Anutin dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 selepas memperoleh majoriti di Parlimen.

Selain jawatan perdana menteri, Anutin turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Enam timbalan perdana menteri beliau ialah Sophon Zaram; Borwornsak Uwanno; Phiphat Ratchakitprakarn, yang juga Menteri Pengangkutan; Ekniti Nitithanprapas, yang turut berkhidmat sebagai Menteri Kewangan; Thammanat Prompao, yang juga Menteri Pertanian; serta Suchart Chomklin, yang turut berkhidmat sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada Jumaat lepas, Raja Maha Vajiralongkorn memperkenankan Kabinet baharu di bawah pimpinan Anutin.

-BERNAMA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taufan Ragasa: 17 terbunuh di Taiwan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.