Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerabat Diraja Perlis berkunjung ke Kuching selama empat hari
  • SEMASA

Kerabat Diraja Perlis berkunjung ke Kuching selama empat hari

Utusan Sarawak 1 day ago
LAWATAN…..Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUCHING: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini bagi lawatan selama empat hari di sini.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada 2.00 petang disambut oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu.

Pada sebelah malam kerabat diraja Perlis itu dijadualkan menghadiri santapan malam persendirian bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

LAWATAN…..Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Manakala pada keesokan hari, Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen berkenan untuk mencemar duli melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh pada sebelah pagi, sebelum berkenan menyaksikan Rainforest World Music Festival (RWMF) di Kampung Budaya Sarawak, pada sebelah malam.

Kunjungan baginda berdua kali ini lebih indah lagi apabila Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen berkenan untuk mencemar duli menyaksikan Perarakan Gawai Dayak 2025 di Square Tower, Jalan Main Bazaar Kuching Waterfront, pada Sabtu ini.

Baginda berdua bersama rombongan dijadualkan berangkat pulang dari LTAK ke Pulau Pinang pada 7.15 malam hari Ahad, sekali gus menandakan berakhirnya lawatan rasmi Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen ke Kuching pada kali ini.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan jualan Rahmah MADANI bergerak antara tumpuan KPDN Sarawak
Next: Petronas depani keperluan baharu era peralihan tenaga  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.