Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM diumum esok
  • NASIONAL

Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM diumum esok

Utusan Sarawak 9 months ago

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf iaitu Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma akan diumumkan esok. 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan keputusan boleh disemak mulai 12.00 tengah hari esok hingga 5.00 petang pada 15 September. 

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my; dan https://jpt.umt.edu.my atau melalui aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

KPT memaklumkan pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 hingga 15 September di laman sesawang UA masing-masing.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 7 September setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan.

KPT memaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 12.00 tengah hari pada 6 September 2024 hingga 5.00 petang, 15 September. 

Menurut KPT, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar |PTA secara terus di alamat Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Rapid Bus hantar 25 bas bagi kegunaan atlet, pegawai Para SUKMA
Next: Berikutan tuntutan China, Petronas tegaskan ia beroperasi secara sah di perairan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.