Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan dijangka minggu ini – Dr Zaliha
  • NASIONAL

Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan dijangka minggu ini – Dr Zaliha

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa (lima, kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar (tiga, kiri) bersama orang ramai menyertai program Berjalan Sihat@Putrajaya sejauh 2.5 kilometer sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dikeluarkan minggu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

“Itu nanti kita tunggu kenyataan (Lembaga Pengampunan)… insya-Allah minggu ini kita harapkan,” katanya. 

Beliau yang juga antara anggota Lembaga Pengampunan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 di sini hari ini, sebagai mengulas status Najib berhubung isu berkenaan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam dilaporkan berkata isu pengampunan Najib turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu namun mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan mengenainya.

Media antarabangsa Channel NewsAsia (CNA) dalam laporannya mendakwa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.

Media itu yang memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, melaporkan pengurangan hukuman penjara terhadap Najib atas kasalahan rasuah dibuat Lembaga Pengampunan itu dalam mesyuarat pada Isnin lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sultan Ibrahim dijadual angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini
Next: Roti canai lauk kambing santapan ‘wajib’ Agong di Muar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.