Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemunculan monyet belanda jadi tanda tanya
  • TEMPATAN

Kemunculan monyet belanda jadi tanda tanya

Utusan Sarawak 5 years ago

SARIKEI: Kemunculan seekor monyet belanda atau nama sainstifiknya Nasalis Larvatus di taman permainan perumahan Susur Jambu, pagi semalam menggemparkan penduduk yang tinggal berhampiran.

Spesies yang terlindung itu dikatakan muncul pada jam 11.00 pagi semalam menjadi tanda tanya penduduk sebelum ia menghilangkan diri.

Monyet belanda juga dikenali sebagai bayau mudah dikenali kerana hidungnya yang panjang dan mancung berbanding spesies monyet lain.

Seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Awang Bundle memuat naik gambar dan video monyet belanda yang dirakam selama 1.06 minit ke laman Facebook, tengah hari semalam.

Monyet belanda tersebut duduk didahan pokok di taman permainan ketika dirakam yang kemudiannya bergayut didahan pokok sebelum menghilangkan diri daripada pandangan lensa kamera telefon pintar.

Continue Reading

Previous: STIDC, STA sumbang PPE bernilai RM2 juta
Next: Kehidupan rakyat harus diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.