Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kemudahan pelancaran ke angkasa lepas di Sabah, lonjak Malaysia peneraju teknologi
  • NASIONAL

Kemudahan pelancaran ke angkasa lepas di Sabah, lonjak Malaysia peneraju teknologi

Utusan Sarawak 7 months ago

Taras Kachka. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Tapak pelancaran ke angkasa lepas dijangkakan di Sabah akan meletakkan Malaysia sebagai negara peneraju ASEAN di rantau ini dari segi kemajuan teknologi, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.

Beliau berkata projek berkenaan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik rakyat di seluruh dunia, mendorong pertumbuhan industri penerbangan dan aeroangkasa Malaysia.

“Oleh itu, setiap projek berteknologi tinggi bukan sahaja mencipta peluang pekerjaan malah membawa teknologi. Ini mengekalkan jurutera terlatih yang tinggi di dalam negara.

“Sekiranya terdapat tapak pelancaran ke angkasa lepas di sini (di Malaysia), rakyat dari seluruh dunia akan datang dan menyertai projek ini dan (ini akan) meletakkan Malaysia dalam kedudukan (untuk menjadi) peneraju teknologi ASEAN,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kerajaan Sabah memeterai perjanjian dengan syarikat Ukraine dan firma tempatan pada tahun lepas untuk mengkaji kebolehlaksanaan kemudahan pelancaran angkasa lepas di negeri itu.

Bagaimanapun, Kachka tidak memaklumkan kos pelaburan projek berkenaan.

Mengenai kemajuan kajian kebolehlaksanaan, katanya terdapat pertimbangan berbeza yang perlu diselesaikan seperti daya maju ekonomi, isu alam sekitar dan manfaat jangka panjang.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Sabah komited untuk mendorong projek angkasa lepas ini.

“Kedua, kerajaan dan syarikat perlu mempunyai sumber yang cukup, kepakaran dan tenaga kerja terlatih,” katanya.– BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Musim tengkujuh dijangka bermula 5 Nov – MetMalaysia
Next: Insiden renjatan elektrik: Pasukan petugas kahs ditubuhkan, operasi bas digantung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.