Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemudahan infrastruktur luar bandar terus diperkasa di DUN Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Kemudahan infrastruktur luar bandar terus diperkasa di DUN Meradong

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing dan Datin Kueh Nai Fun bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Penduduk Rumah Sardom di Sungai Tulai kini menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selesa dan selamat apabila sebuah jambatan belian bernilai RM140,000 telah siap dibina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek tersebut merupakan antara usaha berterusan kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur luar bandar demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, kemudahan tersebut dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk rumah panjang dengan memudahkan pergerakan harian selain meningkatkan tahap keselamatan pengguna.

“Kerajaan Sarawak akan terus memberi perhatian kepada keperluan rakyat di kawasan luar bandar termasuk penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur yang dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Sokongan berterusan rakyat kepada kerajaan amat penting supaya lebih banyak projek pembangunan dan kemudahan dapat dilaksanakan di kawasan DUN Meradong pada masa akan datang,” katanya kepada media semasa lawatan ke Rumah Sardom pada semalam.

Dalam lawatan sama, beliau turut menghadiri upacara Ngiling Tikai yang menjadi simbolik penutupan rasmi sambutan Hari Gawai Dayak bagi rumah panjang tersebut.

Katanya, upacara tersebut merupakan antara adat tradisional penting masyarakat Iban yang melambangkan berakhirnya musim perayaan Gawai dan mencerminkan kekayaan warisan budaya yang terus dipelihara.

Selain itu, Koung Hiing bersama isterinya, Datin Kueh Nai Fun dan rombongan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Meradong turut mengadakan kunjungan mesra ke beberapa rumah panjang lain di kawasan Jalan KJD, Skim B dan Sungai Pidi.

Antara rumah panjang yang dikunjungi ialah Rumah Paula di Jalan KJD, Rumah Banggie di Skim B, Rumah Juntan, Rumah Josephine dan Rumah Siang di kawasan Sungai Pidi.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau berpeluang beramah mesra dengan penduduk serta mendengar sendiri pandangan, permohonan dan keperluan masyarakat setempat bagi memastikan pembangunan di kawasan luar bandar terus diberi perhatian.

Tambahnya, siri lawatan rumah panjang sempena Hari Gawai yang dilaksanakan setiap tahun menjadi platform terbaik untuk mendekati rakyat dan memahami keperluan sebenar masyarakat di peringkat akar umbi.

Beliau turut memaklumkan bahawa lawatan tersebut merupakan siri terakhir program Ngabang Gawai bagi 2026 dan merakamkan penghargaan kepada semua penduduk rumah panjang yang telah memberikan sambutan mesra sepanjang program berlangsung.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk rumah panjang yang telah menerima kunjungan kami dengan penuh kemesraan sepanjang sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini.

“Saya berharap masyarakat rumah panjang akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: MPP anjur Pertandingan Green Futures 2026 galak inovasi bahan kitar semula
Next: Kong gesa tindakan segera baiki longkang, lorong belakang di Taman Three Hills 6

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.