Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kempen Kesihatan Lelaki Sari-Creen 2026 ubah persepsi lelaki terhadap kepentingan saringan kesihatan awal
  • KESIHATAN

Kempen Kesihatan Lelaki Sari-Creen 2026 ubah persepsi lelaki terhadap kepentingan saringan kesihatan awal

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGARAH Hospital Sarikei, Dr. Mohamad Ng Siah Huat bergambar bersama yang hadir membuat saringan kesihatan.

SARIKEI: Kempen Kesihatan Lelaki Sari-Creen 2026 diharap mampu mengubah persepsi masyarakat khususnya golongan lelaki terhadap kepentingan pemeriksaan kesihatan awal, sekali gus meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit urologi dalam kalangan komuniti setempat.

Pengarah Hospital Sarikei, Dr. Mohamad Ng Siah Huat, berkata kempen anjuran Jabatan Urologi Hospital Umum Sarawak (HUS) di merupakan detik bersejarah kerana julung kalinya program saringan kesihatan lelaki berskala besar dan berfokus diadakan di hospital tersebut.

“Selalunya, kesihatan lelaki ini adalah satu topik yang agak sensitif.

“Orang lelaki ini, sifatnya lebih rela menahan sakit daripada pergi ke hospital, kerana sibuk memikirkan tanggungjawab keluarga,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kempen Kesihatan Lelaki Sari-Creen 2026 Peringkat Sarawak bertempat di Klinik Pesakit Luar, Hospital Sarikei, hari ini.

DR. Mohamad memotong kek sebagai tanda perasmian Kempen Kesihatan Lelaki Sari-Creen 2026 Peringkat Sarawak di Klinik Pesakit Luar, Hospital Sarikei, hari ini.

Katanya, penganjuran kempen tersebut bertujuan mengubah persepsi tersebut selain menggalakkan golongan lelaki tampil menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

“Saya mewakili seluruh warga kerja Hospital Sarikei ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pasukan Urologi HUS.

“Inisiatif yang hebat ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha keras dan dedikasi pasukan Urologi dari Hospital Umum Sarawak.

“Terima kasih juga kepada pasukan dari Kuching yang sanggup menempuh perjalanan jauh untuk datang ke Sarikei,” katanya.

ANTARA yang hadir menjalankan pemeriksaan.

Tambahnya, kesanggupan pasukan kepakaran turun padang membawa perkhidmatan secara langsung kepada komuniti di sini amat dihargai kerana memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan pemeriksaan awal tanpa perlu ke pusat rawatan pakar di luar daerah.

“Kepada semua warga Sarikei khasnya lelaki yang hadir pada hari ini, tahniah saya ucapkan.

“Saya menggesa agar tuan-tuan mengambil peluang keemasan ini sepenuhnya.

“Berikan kerjasama yang aktif, jangan segan, dan jangan malu untuk bertanya kepada doktor tentang masalah kesihatan anda,” katanya lagi.

ANTARA yang hadir menjalankan pemeriksaan.

Katanya, pengesanan awal penyakit amat penting kerana mampu menyelamatkan nyawa serta meningkatkan kualiti hidup pesakit.

“Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa anda,” katanya.

Kempen saringan kesihatan lelaki tersebut berlangsung dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan terbuka kepada semua lelaki di Sarikei bagi menjalani pemeriksaan kesihatan urologi secara percuma.

Turut hadir ialah Ketua Perkhidmatan Urologi Sarawak, Dr. Lim Meng Shi; Ketua Jabatan Urologi HUS, Dr. Kamal Raj; Penasihat Kempen Kesihatan Lelaki Sari-Creen 2026, Dr. Ngu Ing Soon; Pengerusi Kempen Kesihatan Lelaki Sari-Creen 2026, Dr. Aaron Ling Shien Loong danKetua Jabatan Pembedahan Hospital Sarikei, Dr. Asraf Zuki.

Oleh Earl Anek

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Pengurangan perbelanjaan tidak menjejaskan perkhidmatan kesihatan – Hanifah
Next: Kes rabies terus meningkat, dua lagi kes baharu dikesan libatkan anjing dilepas bebas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.