Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kemelut isu Petronas-kerajaan Sarawak, diselesai secara ‘menang-menang’ – Abang Johari
  • SEMASA

Kemelut isu Petronas-kerajaan Sarawak, diselesai secara ‘menang-menang’ – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Abang Johari bersama pelajar pada sesi Sarawak Agenda Townhall Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) Edisi UK 2025 di London. Foto ihsan Pejabat Premier Sarawak.

Abang Johari bersama pelajar pada sesi Sarawak Agenda Townhall Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) Edisi UK 2025 di London. Foto ihsan Pejabat Premier Sarawak.

LONDON: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kemelut antara Petronas dan Petros mengenai hak terhadap sumber gas asli di Sarawak hendaklah diselesaikan atas dasar ‘menang-menang’ untuk kedua-dua belah pihak. 

Katanya, penyelesaian tersebut perlu berlandaskan keikhlasan dengan prinsip bahawa hasil minyak dan gas negara harus dikongsi secara adil.

Beliau berkata demikian ketika sesi Sarawak Agenda Townhall Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) Edisi UK 2025 di sini.

Abang Johari mendedahkan bahawa beliau telah menerima panggilan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkaitan isu Petronas serta hak Sarawak dalam sektor minyak dan gas. 

“Perdana Menteri telah hubungi saya pagi ini (Sabtu) dan kami mempunyai komitmen untuk menyelesaikan isu ini.

“Ini merupakan satu penyelesaian menang-menang antara pihak kita dan juga Petronas,” katanya.

Beliau menambah bahawa Sarawak telah memainkan peranannya dengan bertanggungjawab walaupun tanpa pendapatan tambahan sejak Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dilaksanakan.

Continue Reading

Previous: Pemergian James Ritchie kehilangan besar dunia kewartawanan – Abdullah Saidol
Next: Media Malaysia bersedih atas pemergian wartawan veteran James Ritchie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.