Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kematian akibat campak di Bangladesh hampiri 300 kes ketika wabak menular di seluruh negara
  • GLOBAL

Kematian akibat campak di Bangladesh hampiri 300 kes ketika wabak menular di seluruh negara

Utusan Sarawak 16 hours ago
GAMBAR hiasan.

DHAKA: Campak dan gejala seakan-akan campak meragut nyawa 10 lagi kanak-kanak di Bangladesh, menurut pihak berkuasa kesihatan hari ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 294 sejak pertengahan Mac, lapor Anadolu Ajansi.

Lebih 1,260 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes melebihi 45,800, menurut buletin Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan.

Ibu negara Dhaka mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 149 kes.

Pesakit dari kawasan luar bandar dilaporkan mendapatkan rawatan di Dhaka bagi mendapatkan rawatan lanjut termasuk kemudahan sokongan hayat.

Negara itu kini berdepan kekurangan serius kit ujian susulan penularan wabak di seluruh negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bulan lepas memaklumkan jangkitan campak telah merebak ke 58 daripada 64 daerah iaitu 91 peratus menunjukkan penularan meluas di peringkat nasional.

Kementerian Kesihatan melancarkan kempen vaksinasi khas. Sejak April, pihak berkuasa telah memvaksin lebih 16.23 juta kanak-kanak.

WHO memaklumkan wabak itu dikaitkan dengan penurunan liputan vaksinasi, khususnya susulan kekurangan bekalan vaksin di seluruh negara antara 2024 dan 2025.

Campak ialah penyakit virus yang sangat mudah berjangkit yang kebanyakannya menjejaskan kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk radang paru-paru, keradangan otak dan kematian, khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan atau tidak divaksin.

Ia kekal sebagai antara punca utama kematian kanak-kanak yang boleh dicegah melalui vaksin di seluruh dunia. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Rusia dibenarkan tingkat pengeluaran minyak pada Jun 62,000 tong sehariĀ – OPEC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.