Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemasukan pesawat ke Sarawak membimbangkan
  • TEMPATAN

Kemasukan pesawat ke Sarawak membimbangkan

Utusan Sarawak 5 years ago
KIBARKAN… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengibarkan Jalur Gemilang bersama Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Suwadi Guliling (kiri), Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang (dua, kiri), ADUN Stakan, Dato Sri Mohammad Ali Mahmud (dua, kanan) dan Timbalan Residen Samarahan, Richard Abunawas (kanan) pada majlis perasmian Program Merdeka@Komuniti Daerah Samarahan bertempat di Dewan Suarah, Kota Samarahan, semalam. • Foto ALIPIAN

KOTA SAMARAHAN: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menzahirkan rasa bimbang dengan kemasukan kapal terbang dari Kuala Lumpur ke negeri ini.
Katanya, selepas 1 September semua kapal terbang dibenarkan beroperasi seperti biasa walaupun pandemik Covid-19 masih melanda negara.

“Selepas 1 September, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) akan dibanjiri lebih 2, 000 penumpang setiap hari yang datangnya dari Kuala Lumpur.

“Sebelum ini, hanya dua buah kapal terbang mengangkut penumpang dari Kuala Lumpur setiap hari tetapi selepas 1 September semua syarikat penerbangan dibenarkan beroperasi.

“Saya amat bimbang dengan keadaan ini oleh kerana kita tidak tahu apa bakal terjadi dengan Negeri Sarawak selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Isu Semasa dan Program Merdeka @ Komuniti Daerah Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, semalam.
Namun, beliau mengajak semua rakyat Sarawak sentiasa berfikiran positif memandangkan negeri ini sudah hampir berjaya mengekang wabak berkenaan.

“Walaupun keadaan Covid-19 di Kuching dan Kota Samarahan sudah semakin baik, ini bukan bermakna wabak berkenaan tidak kembali menyerang lagi.

“Saya amat berharap supaya rakyat negeri ini sentiasa menggunakan pelitup muka ke mana sahaja mereka pergi.

“Untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas, elak berkumpul di tempat awam,” ujarnya.
Menteri Belia dan Sukan Sarawak itu turut percaya, kedatangan pelancong samada dari Semenanjung Malaysia dan Sabah ke Sarawak akan memberi impak positif kepada ekonomi negeri ini.

“Saya yakin, ramai pengunjung dari Semenanjung Malaysia dan Sabah akan berkunjung ke Sarawak oleh kerana rakyat negara kita tidak dibenarkan untuk ke luar negara pada waktu ini.

“Kehadiran mereka akan membawa perubahan kepada ekonomi Sarawak,” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Beri kemudahan kepada penduduk kampung
Next: GPS komited laksana agenda program pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.