Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemaskini: 150 penduduk tinggal sehelai sepinggang, 15 rumah hangus 
  • KEMALANGAN

Kemaskini: 150 penduduk tinggal sehelai sepinggang, 15 rumah hangus 

Utusan Sarawak 8 months ago

SIBU: Seramai 150 orang penduduk tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan 15 rumah di Kampung Hilir Sibu, di sini lewat petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.43 petang itu, kesemua rumah jenis tidak kekal itu telah musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut. 

“Setakat ini seramai 150 mangsa yang terjejas telah berdaftar di Pos Kawalan Bomba, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini dalam kejadian tersebut. 

“Anggota sedang membuat kerja-kerja overhaul,” katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran belum masih disiasat.

Sementara itu, mangsa kebakaran ditempatkan di Surau Darul Ma’wa Kampung Bharu, Sibu dan sebahagiannya tinggal di rumah saudara mara.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 9 rumah terbakar di Kampung Hilir, Sibu
Next: Lelaki dikhuatiri disambar buaya di Kuala Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.