Kemas kini: Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam longkang di Petra Jaya

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mengangkat mangsa dari dalam longkang berhampiran Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching, pagi ini. Foto JBPM Sarawak

PETRA JAYA: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah longkang berhampiran Klinik Kesihatan Petra Jaya di sini, pagi ini.

Mangsa berusia 63, ditemukan orang awam sebelum pihak bomba dipanggil bagi membantu mengangkat mangsa dari longkang sedalam kira-kira 10 kaki.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.34 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya tiba di lokasi pada 9.36 pagi.

ANGGOTA polis, bomba dan petugas kesihatan berada di lokasi penemuan mangsa berhampiran Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching, pagi ini. Foto JBPM Sarawak

Berdasarkan maklumat pihak polis, mangsa dikhuatiri hilang sejak semalam dan kehilangannya mula disedari oleh anak mangsa pada malam tadi.

Mangsa kemudiannya ditemukan oleh orang awam pada pagi ini.

Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa keluar dari longkang sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi diketuai Pandi Seh dengan kekuatan lapan anggota serta sebuah jentera penyelamat (FRT). Operasi tamat sepenuhnya pada 10.47 pagi. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut berada di lokasi.

Oleh Norman B

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan