Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kemas Kini: Pergerakan tanah cetus tanah runtuh di Kampung Bukit Kota
  • SEMASA

Kemas Kini: Pergerakan tanah cetus tanah runtuh di Kampung Bukit Kota

Utusan Sarawak 6 hours ago
RESPON PANTAS…kedua-dua wakil rakyat di Limbang iaitu Hasbi dan Dr Abdul Rahman turun padang untuk melawat insiden tanah runtuh di Kampung  Bukit Kota.  

LIMBANG: Kawasan lereng bukit di Kampung Bukit Kota dekat sini dikenal pasti sebagai kawasan berisiko berlakunya tanah runtuh susulan keadaan tanah yang agak curam dan tidak stabil.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, faktor geografi serta hujan lebat berterusan sejak Jumaat malam menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku pada petang Sabtu sehingga menjejaskan jalan utama di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kejadian itu turut menjejaskan tiga buah rumah penduduk, manakala jalan di kawasan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penilaian keselamatan dan pembersihan.

RESPON PANTAS…kedua-dua wakil rakyat di Limbang iaitu Hasbi dan Dr Abdul Rahman turun padang untuk melawat insiden tanah runtuh di Kampung  Bukit Kota.  

“Tanah runtuh berlaku sekitar 2.00 petang hari ini susulan hujan lebat yang menyebabkan banyak kawasan di pekan Limbang serta kampung sekitar dilanda banjir kerana jumlah air yang terlalu banyak.

“Hujan lebat berterusan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh di sepanjang lereng bukit Kampung Bukit Kota sehingga menjejaskan tiga buah rumah. Lokasi di sepanjang jalan ini agak berbahaya kerana ia merupakan lereng bukit yang curam dan tidak stabil,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja ke lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Kota, hari ini.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, kejadian tersebut turut menyebabkan gangguan bekalan air dan elektrik yang kini sedang dalam proses baik pulih oleh agensi berkaitan.

RESPON PANTAS…kedua-dua wakil rakyat di Limbang iaitu Hasbi dan Dr Abdul Rahman turun padang untuk melawat insiden tanah runtuh di Kampung  Bukit Kota.  

Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang akan berhubung dengan agensi berkaitan bagi memastikan aliran trafik di kawasan berkenaan dapat dikawal sepanjang kerja pembaikan jalan dijalankan.

Beliau berkata penduduk yang terjejas turut diarahkan berpindah ke tempat yang lebih selamat berikutan masih terdapat risiko pergerakan air dalam tanah yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh berulang.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PBB agih 800 bubur lambuk, eratkan silaturahim komuniti Kampung Baru Sundar
Next: MAS sambung semula operasi penerbangan ke Jeddah, Madinah bermula 8 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.