PBB agih 800 bubur lambuk, eratkan silaturahim komuniti Kampung Baru Sundar

Facebook
WhatsApp
BUBUR LAMBUK…Awang@Ibrahim menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai dan jemputan di daerah kecil Sundar.

LAWAS: Sebanyak 800 bekas bubur lambuk diagihkan kepada penduduk Kampung Baru Sundar menerusi Program Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Baru Sundar Cawangan Bukit Sari, yang diadakan pada Jumaat lalu.

Setiausaha PBB Cawangan Bukit Sari, Awang @ Ibrahim Ahmad, hadir menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai.

Turut hadir ialah Ketua Ranting PBB Sundar, Bakar Jidin, serta ketua-ketua masyarakat di kawasan Sundar.

TERIMA KASIH...(kedua kiri) Bakar menyampaikan cenderamata kepada Awang@Ibrahim atas kehadiran menyampaikan agihan bubur lambut PBB Ranting Sundar.

Awang @ Ibrahim berkata, program tersebut merupakan antara usaha ranting PBB di bawah Cawangan Bukit Sari untuk bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Terdahulu, Bakar menjelaskan program tersebut bertujuan menyantuni masyarakat pelbagai kaum di daerah kecil Sundar.

Oleh Adeng Edrus

IPU Serian meningkat, Lundu catat 285

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak terus meningkat setakat 4.00 petang hari ini berbanding 12.00 tengah