Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemarau: JPBBM Miri perketat pemantauan, larangan bakar terbuka dikuat kuasa
  • Utara
  • WILAYAH

Kemarau: JPBBM Miri perketat pemantauan, larangan bakar terbuka dikuat kuasa

Utusan Sarawak 4 hours ago
TEGAS…Larangan pembakaran terbuka kini dilaksanakan sepenuhnya dan sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada.

MIRI: Situasi kemarau berpanjangan yang melanda Bahagian Miri ketika ini mendorong pihak berkuasa memperhebat kawalan bagi mengekang risiko kebakaran hutan dan tanah gambut daripada terus merebak.

Residen Bahagian Miri, Galong Luang berkata, larangan pembakaran terbuka kini dilaksanakan sepenuhnya dan sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM), keadaan cuaca panas dan kering ketika ini meningkatkan kebarangkalian berlakunya kebakaran sekali gus memberi kesan kepada kualiti udara serta kesihatan awam.

“Semua agensi berkaitan telah diarahkan untuk mempergiat rondaan di kawasan berisiko serta melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bagi memastikan situasi terkawal,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan segera akan diambil terhadap mana-mana kejadian kebakaran yang dikesan bagi mengelakkan ia menjadi lebih serius.

Dalam pada itu, JPBBM juga memperkukuh langkah pencegahan termasuk memperluas kempen kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya pembakaran terbuka, khususnya ketika musim kering.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

Kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan risiko kebakaran dapat dikawal, sekali gus melindungi kesejahteraan komuniti serta alam sekitar di Bahagian Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Skim Pinjaman Rumah Panjang HDC realisasikan pembinaan baharu Rumah Angelisa
Next: JCI Sarikei galak masyarakat amalkan derma darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.