Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keluarga mohon bantuan polis kesan wanita terputus hubungan sejak tiga tahun
  • Tengah
  • WILAYAH

Keluarga mohon bantuan polis kesan wanita terputus hubungan sejak tiga tahun

Utusan Sarawak 44 mins ago
AHLI keluarga meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Roshida Mohd Sapawie. Foto: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

SIBU: Seorang wanita dilaporkan terputus hubungan dengan keluarganya sejak kira-kira tiga tahun lalu, mendorong ahli keluarganya membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa untuk mengesan keberadaannya.

Laporan berhubung perkara itu dibuat di Balai Polis Sentral di sini, hari ini selepas pelbagai usaha untuk menghubungi wanita terbabit gagal.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Roshida Mohd Sapawie, berusia lingkungan 30-an dan merupakan anak bongsu daripada enam beradik.

Difahamkan, sebelum ini wanita terbabit pernah bekerja di Pasar Sentral Sibu dan mempunyai tiga orang anak.

Dua daripada anaknya telah dewasa manakala anak bongsunya yang kini berusia tujuh tahun dijaga keluarga sejak wanita berkenaan tidak lagi dapat dihubungi.

AHLI keluarga meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Roshida Mohd Sapawie. Foto: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menurut keluarga, wanita itu sebelum ini tinggal bersendirian di rumah sewa dan tidak menetap bersama keluarganya di kawasan Sentosa di sini.

Sepanjang tempoh kehilangan hubungan itu, keluarga telah berusaha mendapatkan maklumat menerusi saudara-mara serta pelbagai saluran lain namun masih gagal mengesan keberadaannya.

Keluarga turut memaklumkan nombor telefon dan akaun Facebook milik wanita berkenaan dipercayai masih aktif digunakan, namun setiap cubaan menghubungi melalui panggilan telefon dan mesej tidak menerima sebarang maklum balas.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita terbabit diminta tampil membantu dengan menghubungi talian 016-5898909 atau 013-4623319.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak anjur ceramah keselamatan jalan raya sempena Minggu Kecemerlangan HSSE 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.