Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Keluarga kecam operasi menyelamat Juliana lambat
  • GLOBAL

Keluarga kecam operasi menyelamat Juliana lambat

Utusan Sarawak 8 hours ago

Foto dirakamkan Isnin lalu menunjukkan petugas Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) berusaha memindahkan Juliana Marins di Gunung Rinjani, Lombok. - AFP

JAKARTA: Keluarga pendaki Brazil yang ditemui maut beberapa hari selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani mengkritik operasi menyelamat yang disifatkan terlalu lambat, sebelum pihak berkuasa menjalankan bedah siasat ini bagi menentukan masa kematiannya.

Juliana Marins, 26, dilaporkan hilang Sabtu lalu ketika mendaki Gunung Rinjani, gunung kedua tertinggi di Indonesia yang terletak di Pulau Lombok.

Usaha membawa keluar mangsa terganggu akibat cuaca buruk serta bentuk muka bumi yang mencabar, selepas pihak berkuasa mengesan tubuhnya yang tidak bergerak menerusi dron.

Pasukan penyelamat akhirnya berjaya sampai ke lokasi mayat pada petang Selasa selepas beberapa hari berusaha sebelum membawa keluar mayat mangsa keesokan hari.

Keluarga mangsa mendakwa Juliana mungkin dapat diselamatkan jika pasukan penyelamat tiba dalam beberapa jam selepas terjatuh. 

“Juliana mengalami pengabaian serius oleh pasukan penyelamat. Juliana masih boleh diselamatkan jika pasukan tiba dalam anggaran masa tujuh jam,” menurut kenyataan keluarga di akaun Instagram semalam, yang kini mempunyai lebih sejuta pengikut.

“Juliana layak menerima lebih daripada ini! Kini kami akan menuntut keadilan buatnya, kerana itulah yang selayaknya.”

Dalam hantaran media sosial hari ini, keluarga mangsa bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang berani membantu membawa pulang mayatnya.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Mohammad Syafii, berkata pada malam tadi bahawa beliau sudah bertemu keluarga Juliana bagi menjelaskan cabaran dihadapi dan mereka boleh menerima situasi yang berlaku.

Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan mayat Juliana akan dibawa ke Bali hari ini untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca dan masa kematian.

“Bedah siasat akan dijalankan di Bali. Kami mencari lokasi terdekat, iaitu di Denpasar,” kata Timbalan Gabenor Nusa Tenggara Barat, Indah Dhamayanti Putri, kepada media hari ini, merujuk kepada ibu kota Bali.

Mereka mahu mengetahui waktu kematiannya.

Laporan awal yang menyebut Juliana sempat menjerit selepas terjatuh mencetuskan spekulasi bahawa mangsa masih hidup beberapa jam selepas kejadian.

Namun, dron mengesan tubuhnya yang tidak bergerak pada Isnin dan pihak berkuasa tempatan memaklumkan usaha membawa keluar mangsa tertangguh akibat cerun curam dan cuaca buruk.

Kes ini menarik perhatian di seluruh Brazil dengan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva memuat naik kenyataan di media sosial bahawa beliau menerima berita kematian Juliana dengan penuh kesedihan.

Lombok adalah destinasi pelancongan yang terkenal dengan pantai indah dan kehijauan semula jadi, serta sering menjadi tumpuan pendaki Gunung Rinjani untuk menikmati pemandangan panorama. – AFP

Continue Reading

Previous: Ribut ragut dua nyawa di Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.