Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sejarawan Anna Keay dipilih untuk tulis biografi Ratu Elizabeth II
  • GLOBAL

Sejarawan Anna Keay dipilih untuk tulis biografi Ratu Elizabeth II

Utusan Sarawak 9 hours ago
RATU Elizabeth II

LONDON: Keluarga diraja Britain hari ini mengumumkan bahawa sejarawan Anna Keay akan menulis biografi rasmi Ratu Elizabeth II, yang mangkat pada September 2022 selepas lebih 70 tahun bertakhta.

Menurut laporan media Britain, Raja Charles III berhasrat agar seorang wanita menulis biografi muktamad mengenai kehidupan ibunya.

Keay, yang terkenal menerusi penulisannya tentang tempoh Republik Britain antara 1649 hingga 1660, menyifatkan pelantikan itu sebagai satu penghormatan besar.

Menurut kenyataan Istana Buckingham, beliau akan diberi akses kepada dokumen peribadi dan rasmi Elizabeth yang disimpan di Arkib Diraja.

Selain itu, beliau turut berpeluang menemu bual ahli keluarga diraja serta rakan dan kakitangan istana mendiang ratu, tambah kenyataan itu.

ANNA Keay dipilih oleh keluarga diraja Britain untuk menulis biografi Ratu Elizabeth II.

Keay menyifatkan Elizabeth sebagai seorang wanita luar biasa yang kehidupannya merentasi satu abad penuh perubahan besar.

“Saya amat berterima kasih kepada Baginda Raja kerana mempercayakan tanggungjawab ini kepada saya serta memberikan akses kepada dokumen baginda. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memberi penghormatan sewajarnya terhadap kehidupan dan jasa baginda,” katanya.

Biografi rasmi diraja kadangkala mendedahkan perincian yang tidak dijangka mengenai kehidupan tokoh berkenaan.

Biografi rasmi ibu Elizabeth, iaitu isteri kepada Raja George VI yang ditulis oleh William Shawcross, sebelum ini mendedahkan bahawa beliau pernah menghidap kanser usus ketika berusia lingkungan 60-an, namun berjaya dirawat. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Racun tikus ditemui dalam balang makanan bayi di Austria, produk ditarik balik
Next: Kebakaran di kilang mercun di India ragut sekurang-kurangnya 20 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.