Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Keluarga, ahli politik, rakyat beri penghormatan terakhir kepada Pak Lah
  • SEMASA

Keluarga, ahli politik, rakyat beri penghormatan terakhir kepada Pak Lah

Utusan Sarawak 4 weeks ago
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi di ruang solat utama Masjid Negara hari ini. Jenazah bekas perdana menteri yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah akan dikebumikan dengan Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat zuhur. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Suasana suram menyelubungi Masjid Negara di sini hari ini dengan orang ramai mula hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia, petang semalam.

Ahli keluarga, ahli politik dan kenalan rapat yang hadir dibenarkan memasuki ruang masjid secara berperingkat untuk memberikan penghormatan terakhir bermula 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada isteri dan anak Perdana Menteri kelima, Tun Jeanne Abdullah dan Nori Abdullah Badawi ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di ruang solat utama Masjid Negara hari ini. Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.
FotoBERNAMA

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi pegawai penjara turut hadir memberikan penghormatan terakhir kira-kira 10.40 pagi.

Selain itu, turut kelihatan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan legenda rock Datuk Ramli Sarip.

Jenazah bekas perdana menteri yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah akan dikebumikan dengan Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat zuhur.

Terdahulu, jenazah dibawa keluar dari kediamannya di Bait Badawi, persiaran Tuanku Jaafar sekitar 8.10 pagi untuk dikafankan dan disolatkan di Masjid Negara.

Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.

IJN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Abdullah dimasukkan ke hospital pagi Ahad selepas mengalami kesukaran bernafas. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Slogan “Cemerlang, Gemilang, Terbilang”: Warisan abadi Tun Abdullah
Next: Tun Wan Junaidi, isteri zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.