Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Keluaran, pengesahan sijil vaksin Covid di Switzerland dihentikan
  • GLOBAL

Keluaran, pengesahan sijil vaksin Covid di Switzerland dihentikan

Utusan Sarawak 2 years ago
Sistem mengeluarkan dan mengesahkan sijil Covid-19 akan dihentikan pada akhir Ogos ini.

GENEVA: Switzerland tidak lagi mengeluarkan dan mengesahkan sijil vaksinasi Covid-19 mulai 1 September ini, di bawah sistem yang dilaksanakan Kesatuan Eropah (EU) pada Jun 2021, menurut Majlis Persekutuan Switzerland, lapor Sputnik.

“Sistem mengeluarkan dan mengesahkan sijil Covid-19 akan dihentikan pada akhir Ogos ini.

“Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri persekutuan memaklumkan Majlis Persekutuan pada mesyuaratnya pada 16 Ogos 2023, bahawa ordinan yang sama tidak akan dilanjutkan,” menurut majlis itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.

Sijil vaksinasi Covid-19, yang dibangunkan bersama EU, telah dilancarkan di Switzerland pada Jun 2021. Ia bertujuan menyediakan bukti vaksinasi yang “boleh dipercayai dan diiktiraf di peringkat antarabangsa”, kata kenyataan itu.

“Bagaimanapun, hanya beberapa negara yang masih memerlukan bukti vaksinasi, pemulihan atau ujian semasa kemasukan.

“Dengan itu, EU memutuskan pada 27 Jun lalu, untuk tidak melanjutkan lagi rangka kerja undang-undang DCC EU,” menurut majlis itu.

Pihak berkuasa menjelaskan bahawa keadaan epidemiologi yang stabil juga telah menyumbang kepada keputusan untuk memansuhkan sijil vaksinasi bagi memudahkan perjalanan. – Bernama – Sputnik

Continue Reading

Previous: Texas akan kenakan caj ke atas kenderaan elektrik
Next: Tokyo keluar amaran strok haba tahap tertinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.