Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Kelembutanmu menceriakan lenaku
  • STAIL

Kelembutanmu menceriakan lenaku

Utusan Sarawak 2 years ago

Bantal kekabu ciptaan Mumycom.

Bermula sebagai hobi mengisi waktu lapang, kini  bantal kekabu ciptaan Mumycom, anak kelahiran Lundu sudah berjaya mencipta nama di seluruh Sarawak.

Perniagaan yang pada awalnya dilakukan secara kecil-kecilan dengan memenuhi permintaan ahli keluarga dan kenalan rapat, kini semakin berkembang apabila mendapat tempahan dari seluruh negeri ini.

‘Kelembutanmu Menceriakan Lenaku’ sebagai pegangan, Payah Bunsu atau dikenali sebagai Mumycom, 52, bangga apabila produk bantal kekabu ciptaannya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Saya tidak menyangka, bermula dari hobi kini bantal kekabu ciptaan saya dikenali di seluruh Sarawak. Sebelum ini saya juga pernah belajar menjahit dan mula berniaga secara kecil-kecilan pada 2018.

INI DIA… Payah Bunsu atau dikenali sebagai Mumycom menunjukkan bantal kekabu ciptaannya.

“Idea untuk menjual bantal kekabu mula tercetus apabila saya nampak tiada orang membuat bantal kekabu di Lundu. Sekarang ini permintaan bantal kekabu sangat mengagalakan,” katanya.

Selain menjual bantal kekabu, suri rumah berbangsa Iban ini memberitahu, dia turut menghasilkan  produk berasaskan kain termasuk cadar, selendang, selimut, alas meja, beg dan selimut bayi.

Alas meja.

”Kebanyakan pelanggan yang menempah amat menggemari corak berkonsepkan etnik Sarawak

yang dijadikan sebagai corak utama jualan saya.

“Bagaimanapun, saya turut menawarkan corak lain seperti corak kartun dan bunga sesuai permintaan pelanggan,” katanya sambil memberitahu bahawa dia menyiapkan produknya dengan bantuan tujuh mesin.

Menurutnya, dia mampu menghasilkan 100 biji bantal sehari dengan saiz yang berbeza-beza mengikut lapisan umur.

“Saya menjual bantal kekabu pada harga antara RM6 hingga RM50, mengikut saiz,” katanya.

Tilam kekabu ciptaan Mumycom.

Mengakui dunia keusahawanan tidak semudah yang disangka, dia mendedahkan banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

“Cabaran utama dalam menghasilkan produk ini ialah  saya hanya mempunyai dua pekerja. Jadi saya  sibuk mahu sediakan untuk pengeluaran.  Ini memang mencabar. Saya perlu berkerja dari pagi hingga lewat malam,” katanya.

Walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran, ia bukan halangan untuk dia terus maju kehadapan dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Kekabu mempunyai banyak kelebihan. Sebab itulah, kekabu sangat sesuai dijadikan bahan utama dalam bantal dan tilam. 

Ia juga bersifat tidak toksik kerana tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka kekabu tidak memberikan kesan sampingan yang negatif kepada penggunanya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Bermula dengan minat akhirnya jadi usahawan tani
Next: Minyak cili bawang putih tambah aroma masakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.