Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kelab Ronaldo tukar jurulatih
  • SUKAN

Kelab Ronaldo tukar jurulatih

Utusan Sarawak 2 years ago

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah) bersama jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia (kiri) dan Presiden Kelab, Musalli Al-Muammar ketika diperkenalkan pada sidang akhbar di Stadium Mrsool Park dekat Riyadh. FotoAFP

RIYADH: Kelab baharu Cristiano Ronaldo, Al Nassr berpisah dengan jurulatihnya dari Perancis, Rudi Garcia, umum kelab Arab Saudi itu malam tadi.

“Al Nassr mengumumkan bahawa ketua jurulatih Rudi Garcia meninggalkan kelab menerusi persetujuan bersama,” kata kelab itu dalam satu kenyataan berbahasa Inggeris di Twitter.

“Ahli majlis dan semua orang di Al Nassr mengucapkan terima kasih kepada Rudi dan stafnya kerana dedikasi sepanjang lapan bulan lalu.”

Garcia, 59, dilantik Julai tahun lalu dan meninggalkan Al Nassr di kedudukan kedua Liga Arab Saudi, tiga mata di belakang pendahulu, Al Ittihad.

Dia sebelum ini melatih Lille, Marseille dan Lyon di negara kelahirannya dan dua setengah tahun mengetuai Roma di Itali.

Ronaldo, yang kini berusia 38 tahun, menyertai kelab berpangkalan di Riyadh itu pada Disember menerusi perjanjian hingga Jun 2025. – AFP

Continue Reading

Previous: Mbappe mahu kekal di PSG, beraksi di Olimpik Paris
Next: Mohd Juwaidi selangkah ke final Piala Dunia memanah di Antalya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.