Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kelab Diamond Audio & Ekspider Audio tampil hebat di Fast Culture Auto Festival 2025
  • SEMASA

Kelab Diamond Audio & Ekspider Audio tampil hebat di Fast Culture Auto Festival 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BANGGA… Kelab Diamond Audio & Ekspider Audio menampilkan kenderaan dilengkapi sistem audio khas yang telah diubah suai.

PETRA JAYA: Kelab Diamond Audio & Ekspider Audio telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Fast Culture Auto Festival 2025, sekali lagi menunjukkan komitmen tinggi terhadap dunia automotif tempatan.

Menurut jurucakap kumpulan, Jafri Keng, mereka konsisten menyokong festival dan pameran berkaitan automotif dengan penyertaan aktif dalam pelbagai acara di seluruh Sarawak.

“Untuk Fast Culture Auto Festival 2025, kami menampilkan enam kereta yang dimodifikasi secara unik dengan sistem audio berkuasa tinggi. Selebihnya kami siapkan untuk pameran di Bintulu dan Sibu,” kata Keng ketika ditemui di Fast Culture Auto Festival 2025, pekarangan Stadium Sarawak, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan sebelum menyertai Fast Culture Auto Festival 2025, kelab tersebut giat melakukan persiapan rapi, termasuk penyediaan aksesori terbaik bagi memastikan setiap kenderaan yang dipamerkan tampil menarik dan menepati standard tinggi acara.

MERIAH… Sistem audio khas yang telah diubah suai memeriahkan lagi Fast Culture Auto Festival 2025, di pekarangan Stadium Sarawak.

Tambahnya, antara kereta yang ditampilkan kali ini ialah dua Proton Saga, sebuah Perodua Kancil dan dua Perodua Myvi yang kesemuanya dilengkapi sistem audio khas yang telah diubah suai.

Keng turut berkongsi kos pengubahsuaian sesebuah kereta boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

“Kereta Kancil saya sahaja menelan belanja sekitar RM30,000 hanya untuk sistem bunyi, belum termasuk pengubahsuaian dalaman. Keseluruhannya, kos mencecah RM60,000 termasuk pintu yang telah diubah suai,” jelas beliau.

Tambah Keng, setiap kenderaan dalam kelab mereka mempunyai kos pengubahsuaian yang berbeza, bergantung kepada reka bentuk dan sistem audio yang dipasang.

“Setiap kali ada acara seperti ini, kami pasti akan menyertainya tanpa gagal. Fast Culture Auto Festival 2025 merupakan antara acara terbesar yang kami hadiri setakat ini,” katanya.

Turut serta dalam kelab tersebut ialah Leng Chai, Roger dan Eric, yang masing-masing memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran penyertaan kelab itu.

Oleh Norman B & Yanti Sham

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Fast Culture Auto Festival 2025 terima sambutan hangat pencinta automotif Sarawak
Next: Wartawan veteran James Ritchie meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.