
dan Lubok Nibung, hari ini. -FOTO UKAS
BARAM: Jabatan Veterinar Bahagian Miri dengan kerjasama Majlis Daerah Marudi menganjurkan Program Perlesenan Anjing, Vaksinasi Rabies dan Pemasangan Mikrocip di kawasan Poyut dan Lubok Nibung hari ini dan dijadualkan tamat pada Ahad ini.
Program berlangsung selama seminggu itu bertujuan mengawal penularan wabak rabies serta memastikan anjing-anjing peliharaan didaftarkan dan diberi suntikan vaksin yang diperlukan.
Tumpuan utama diberikan kepada rumah-rumah panjang di kawasan Poyut dan Lubok Nibong dengan sebanyak 25 rumah panjang akan dikunjungi sepanjang program berkenaan berlangsung.
Pada hari pertama, sebanyak empat rumah panjang telah dikunjungi dan 13 anjing diberikan vaksin rabies serta dilesenkan.
Pihak Jabatan Veterinar dan Majlis Daerah Marudi meminta orang ramai untuk mengambil peluang tersebut dengan membawa anjing peliharaan mereka ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan bagi mendapatkan vaksin dan lesen anjing secara percuma.
Ia merupakan inisiatif penting dalam usaha mengawal penyakit rabies di kawasan luar bandar.
-UKAS

