Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Dunia: Tiga beregu negara mara ke suku akhir
  • SUKAN

Kejohanan Dunia: Tiga beregu negara mara ke suku akhir

Utusan Sarawak 2 years ago
Aaron – Wooi Yik (beregu lelaki) mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia 2023 di Royal Arena, Copenhagen, Denmark.  

KUALA LUMPUR: Tiga beregu negara  Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M.Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran)  mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia 2023 di Royal Arena, Copenhagen, Denmark.  

Juara semasa beregu lelaki Aaron-Wooi Yik yang ketinggalan dalam sebahagian besar set pembukaan semasa menentang Juara Sukan Olimpik Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan, bangkit untuk memenanginya 21-16 dan memastikan tempat mereka di suku akhir dengan memenangi set kedua 21-18 dalam perlawanan pusingan ketiga kejohanan dunia itu.

Beregu pilihan keenam kejohanan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi menanti pilihan keempat kejohanan Aaron-Wooi Yik selepas beregu China itu mara ke suku akhir dengan menyingkirkan  wakil Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han, 24-22, 21-16.

Sebaliknya, cabaran beregu profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dalam kejohanan dunia kali ini berakhir selepas mereka tumpas kepada pasangan tuan rumah  Kim Astrup-Anders Rasmussen, 15-21, 10-21.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga mengalami nasib sama selepas ditewaskan beregu pilihan ketiga dari China  Liang Wei Keng-Wang Chang, 16-21, 21-14, 17-21. 

Pada masa sama. beregu utama wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan aksi mengagumkan dan mengejutkan beregu pilihan keempat dari Jepun Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, 21-14, 22-20 untuk mara ke suku akhir.

Beregu pilihan ke-10 kejohanan itu akan berhadapan dengan beregu pilihan keenam dari China   Zheng Su Xian-Zheng Yu yang turut melangkah ke suku akhir selepas menundukkan beregu Belanda Kirsten de Wit-Alyssa Tirtosentono, 21-13, 21-10.

Sementara itu beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bangkit selepas tewas dalam set pertama untuk beregu pilihan ke-14 itu mara ke suku akhir menewaskan pasangan pilihan ketujuh dari Perancis   Thom Gicquel-Delphine Delrue, 20-22, 21-19, 21-12. 

Tang Jie-Ee Wei akan bertemu pasangan pilihan kedua  Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun yang menyingkirkan beregu Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, 21-14, 21-17.

Bagaimanapun, beregu campuran profesional  Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie ditunjukkan jalan keluar oleh wakil China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, setelah tewas 16-21, 18-21. – Bernama

Continue Reading

Previous: Li Hen sumbang emas pertama negara di Trinbago 2023
Next: Perjuangan Zii Jia berakhir di Kejohanan Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.