Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan  Dunia 2025: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan ketiga
  • SUKAN

Kejohanan  Dunia 2025: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan ketiga

Utusan Sarawak 10 months ago
PASANGAN beregu lelaki Malaysia Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani menewaskan Chen Zhi Yi dan Presley Smith dari Amerika Syarikat 19-21, 21-10, 21-17 untuk memasuki pusingan ketiga Kejohanan Dunia BWF 2025. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, awal pagi tadi.

Bagaimanapun beregu profesional negara itu dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan ranking ke-30 dunia itu 19-21, 21-10, 21-17 dalam tempoh 51 minit pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Adidas Arena. 

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu akan bertemu beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan pada perlawanan seterusnya. 

Dalam pada itu, bekas juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan perhitungan menentang rakan senegara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King di pusingan ketiga selepas mudah mengetepikan cabaran beregu Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley 21-15, 21-16.

Terdahulu, Wan Arif-Roy King mengetepikan wakil Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-13, 21-17.

Turut mara ke pusingan ketiga, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menewaskan gandingan India, Rohan Kapoor-Gadde Ruthvika Shivani 21-16, 21-11 sekali gus akan bertemu Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dari Indonesia.– Bernama

Continue Reading

Previous: Man United hilang arah, kata Amorim setelah tersingkir Piala Liga
Next: Pearly-Thinaah mudah lepasi cabaran pusingan kedua di Paris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.