Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Dunia 2025: Jun Hao mara ke pusingan kedua, Jin Wei kandas
  • SUKAN

Kejohanan Dunia 2025: Jun Hao mara ke pusingan kedua, Jin Wei kandas

Utusan Sarawak 7 hours ago
LEONG Jun Hao dari Malaysia melakukan pukulan balas terhadap Tobias Kuenzi dari Switzerland dalam perlawanan perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Dunia BWF yang berlangsung di Arena Adidas, Paris, pada 26 Ogos 2025. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2025 selepas melepasi cabaran pusingan pertama di Paris, Perancis hari ini.

Beraksi di Adidas Arena, pemain ranking ke-25 dunia itu hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan wakil Switzerland, Tobias Kuenzi dengan kemenangan staight set, 21-12 dan 21-14.

Pemain berusia 26 tahun itu bakal berdepan cabaran lebih sukar apabila menentang pemain pilihan ke-14 kejohanan dari Jepun, Kenta Nishimoto, yang menewaskan wakil Taiwan, Wang Tzu Wei 21-13, 21-13.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei apabila tersingkir selepas kecundang di tangan pemain ranking ke-14 dunia dari China, Gao Fang Jie 14-21, 9-21.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak komited lahirkan petinju terbaik ke SUKMA Selangor 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.