Kejohanan  Dunia 2025: Wei Chong-Kai Wun mara ke pusingan ketiga

Facebook
WhatsApp
CHRISTO Popov dan Toma Junior Popov dari Perancis bereaksi dengan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dari Malaysia semasa perlawanan perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton BWF Dunia di Arena Adidas di Paris, pada 26 Ogos 2025. Foto AFP


KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Christo dan Toma Junior Popov.

Bagaimanapun, Wei Chong-Kai Wun yang mendapat ‘bye’ di pusingan pertama, dipaksa bekerja keras sebelum menundukan pasangan adik-beradik itu, 21-15, 13-21, 21-19 dalam masa  65 minit pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Adidas Arena. 

Pasangan pilihan ketujuh itu akan bertemu beregu England, Ben Lane-Sean Vendy pada perlawanan seterusnya.

Lane-Vendy menempah tiket ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, 21-18, 21-16.– Bernama