Kejohanan Badminton Dunia: Arif-Roy King gagal tempah slot ke suku akhir

Facebook
WhatsApp
BEREGU lelaki negara, Arif-Roy King gagal melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia selepas tewas 23-21, 19-21, 17-21 kepada pasangan tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, di India, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di India tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, awal pagi tadi.

Pada aksi pusingan 16 di Stadium Tertutup Indira Gandhi itu, gandingan negara bermula baik apabila memenangi set pertama 23-21 dalam pertarungan yang berlangsung sengit.

Bagaimanapun, Arif-Roy King gagal mengekalkan momentum apabila kecundang dalam dua set berikutnya 19-21, 17-21 sekali gus menyaksikan mereka masih belum berjaya menewaskan Satwiksairaj-Chirag dalam lima pertemuan setakat ini.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia kini mempunyai dua wakil dalam saingan suku akhir menerusi bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Woi Yik dan beregu profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang berjaya menempah tempat dalam kelompok lapan terbaik. – Bernama

Ronaldinho kembali buru gol ke-300

RAVENNA, Itali: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, yang bersara daripada arena bola sepak pada 2015, mengumumkan kemunculan semula selepas