Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kegembiraan warga emas Batu Niah terima rumah dibaik pulih menjelang Tahun Baharu Cina
  • WILAYAH

Kegembiraan warga emas Batu Niah terima rumah dibaik pulih menjelang Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 5 hours ago
TERIMA KASIH… Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus ketika menyerahkan Bantuan PPRMS kepada Yong Lian Hong di kediamannya di Batu Niah, semalam.

BATU NIAH: Seorang warga emas tidak dapat menahan sebak ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus yang meninjau keadaan rumahnya yang siap dibaik pulih, semalam.

Titisan air mata kegembiraan itu menjadi lebih bermakna menjelang sambutan Tahun Baharu Cina minggu hadapan. Rezeki awal tersebut nyata membawa sinar baharu buat Yong Lian Hong yang menetap di Batu Niah.

Beliau merupakan antara 54 penerima yang layak dan terpilih bagi fasa 2025 di bawah Projek Perumahan Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu.

“Terima kasih YB,” itu sahaja yang mampu diungkapkan beliau sebagai tanda penghargaan.

Sementara itu, Datuk Rosey berkata, kerajaan Sarawak terus membuktikan komitmen dalam membela kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama apabila sebanyak 54 rumah dikenal pasti untuk dibaik pulih di bawah PPRMS bagi 2025, melibatkan kos hampir RM500,000.

“Program ini amat signifikan dalam membantu golongan memerlukan mendapatkan kediaman yang lebih selesa dan selamat.

“Kita sangat berterima kasih kerana ia membantu rakyat dari segi mengganti atap yang berlubang serta membaiki dinding yang rosak dimakan anai-anai. Inilah antara bantuan yang disalurkan melalui PPRMS,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan PPRMS di sini.

Pada majlis tersebut, dua buah rumah yang siap dibaik pulih telah diserahkan secara rasmi melibatkan kerja penukaran atap, pembaikan dinding rosak akibat anai-anai serta kerja mengecat semula.

Sepanjang tahun ini, rumah-rumah terlibat akan terus dibaik pulih mengikut keperluan masing-masing termasuk pembaikan struktur dalaman dan luaran.

Program PPRMS merupakan antara inisiatif berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar terus terbela, selari dengan agenda pembangunan inklusif negeri.

Turut hadir Ketua Masyarakat Kaum Cina, Penghulu Pui Kuan Phen serta kapitan-kapitan Cina DUN Bekenu.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Balai Bomba dan Penyelamat Marudi anjur kempen keselamatan Tahun Baharu Cina
Next: 23 KMKK terima sijil pelantikan baharu di DUN Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.