Keenakan Ayam Panggang Legend Dan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SENTUHAN AKHIR…Ayam Panggang Legend dengan aroma yang memukau diberi sentuhan terakhir oleh pembantu Dan, Azam Hamden sebelum dijual kepada pelanggan.

SIBU: Ayam panggang dijual di pelbagai lokasi, pastinya mendapat sambutan hangat daripada penggemarnya kerana
aromanya yang memukau serta keenakan ayam yang dipanggang.

Setiap Ramadan, ayam panggang menjadi pilihan peniaga yang mana akan memenuhi ruang bazar Ramadan dengan aroma harum daripada gerai.

Menurut seorang peniaga ayam panggang yang lebih mesra dengan panggilan Dan atau nama sebenar Mohd Hamdan Osman Kawi, beliau berkongsi beberapa sebab kenapa ayam panggang menjadi menu pilihan utama.

AYAM PANGGANG LEGEND…Azam Hamden menunjukkan Ayam Panggang Legend.

“Ayam Panggang Legend Dan menu utama di gerai saya. Alhamdulillah ia sentiasa mendapat sambutan hangat daripada penggemar ayam panggang.

“Proses panggangan telah menghasilkan rasa yang sedap,
aromanya memikat serta di bahagian luar yang garing dan bahagian dalamnya pula ‘juicy’. Bahan perap yang digunakan
menambah lagi keenakan ayam panggang ini,” katanya ketika ditemui di gerainya di bazar Ramadan, Jalan Salim baru-baru ini.

Dan mengusahakan perniagaan ayam panggang sejak 2018 yang mulanya menjadi pembantu pakciknya Allahyarham Bujang Met. Katanya, ayam panggang menjadi pilihan kerana ia lebih sihat berbanding ayam goreng.

“Ayam panggang mengandungi kurang minyak dan lemak kerana lebihan lemak daripada ayam yang dipanggang sentiasa menitis keluar semasa ayam dipanggang.

“Selain itu, ayam panggang boleh dipelbagaikan. Ayam panggang boleh dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan seperti nasi, sayur-sayuran, kentang lenyek, atau roti. Ia juga boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis perapan seperti bbq, madu, rempah herba, atau gaya tradisional tempatan.

“Oleh sebab itulah ayam panggang begitu diminati ramai dari semua lapisan masyarakat, bermula kanak-kanak hingga orang dewasa.

“Hampir semua orang menyukai ayam panggang kerana teksturnya yang lembut dan rasa yang boleh disesuaikan mengikut selera,” ujarnya sambil tersenyum.

SAYAP AYAM PANGGANG…Selain itu, sayap ayam panggang pun ada dijual.

Dan yang dibantu oleh pembantunya Azam Hamden serta yang lain menambah, ayam panggang tersedia di mana-mana, baik dari restoran mewah hinggalah ke warung tepi jalan, ayam panggang mudah didapati dan sering menjadi pilihan utama dalam menu.

“Dalam sehari kami menjual sekitar 80 hingga 100 ekor ayam. Seekor Ayam Panggang Legend kami jual pada harga RM24,” katanya.
Oleh Raihan Omera Kausar

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan