Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kedai runcit hampir terbakar, pemilik bertindak pantas
  • KEBAKARAN

Kedai runcit hampir terbakar, pemilik bertindak pantas

Utusan Sarawak 13 hours ago
TERBAKAR…Keadaan kedai runcit mengalami sedikit kerosakan selepas terbakar petang tadi. Foto BBP Lutong

MIRI: Tindakan pantas pemilik kedai runcit memadamkan kebakaran berjaya menyelamatkan premisnya di Bandar Baru Permyjaya, Jalan Dato Permaisuri di sini daripada musnah terbakar petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 2.50 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Lutong digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 14 kilometer dari balai.

“Setibanya PKO di lokasi kejadian, mendapati telah berlaku kebakaran melibatkan satu unit penghawa dingin yang menyebabkan kerosakan lebih kurang 20 peratus  pada struktur bangunan.

“Bagaimanapun, api telah dipadam sepenuhnya oleh pemilik kedai runcit tersebut dengan menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering,” katanya.

Henry berkata, kebakaran tidak melibatkan mangsa,  punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Enjin jana kuasa telekomunikasi terbakar di Betong
Next: Pemilik kedai kopi cekap padam api, elak kebakaran besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.