Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kedai bahan kuih-muih jadi tumpuan
  • TEMPATAN

Kedai bahan kuih-muih jadi tumpuan

Utusan Sarawak 5 years ago

CHERYL LAW

KUCHING:  Semua kedai menjual barangan plastik, kontena, aksesori dan bahan-bahan untuk membuat kuih dan kek yang dibenarkan beroperasi dua kali seminggu pada hari Rabu dan Jumaat bermula 7.00 pagi hingga 7.00 petang semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,  dipenuhi orang ramai sejak awal pagi.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati orang ramai dilihat berbaris panjang di hadapan kedai berkenaan sejak awal pagi bagi membeli barangan keperluan di kedai berkenaan.

Para pekerja dan orang ramai dilihat menggunakan penutup hidung dan mulut serta mematuhi arahan penjarakan sosial ketika berurusan di kedai.

Seorang pembuat kek lapis, Nurfadzillah, 35, berkata, tujuannya datang adalah untuk membeli bahan-bahan kek untuk Hari Raya nanti.

Katanya,  walaupun mungkin tidak dapat beraya berikutan wabak Covid-19 yang masih berleluasa tetapi sekurang-kurangnya dia dapat menyediakan kek lapis untuk seisi keluarga.

“Membuka kedai ini dua kali seminggu memang langkah yang baik dan juga memberi manfaat sebab sebelum ini susah nak cari bahan kek,” katanya.

Nurfadzillah berharap wabak ini akan segera reda agar orang ramai boleh berhari raya atau menyambut Gawai bersama saudara mara.

Sementara itu, seorang pembantu makmal, Shukri Azahari, 44, berkata tujuannya datang adalah untuk membeli perkakas membuat kuih.

Shukri memberitahu, tindakan kerajaan membenarkan kedai menjual barangan plastik, kontena, aksesori dan bahan-bahan untuk membuat kuih dan kek adalah baik kerana menyenangkan pihak sepertinya untuk persiapan Hari Raya nanti.

“Walaupunhanya dibuka dua hari dalam seminggu,  sekurang kurangnya ada masa untuk kita membeli barang,” katanya.

Tambahnya, ia juga memberi kebaikan dan manfaat sebab barang-barang kuih diperlukan untuk membuat persiapan Hari Raya dan perlu dibeli awal.

Continue Reading

Previous: STIDC, STA sumbang PPE bernilai RM2 juta
Next: Kehidupan rakyat harus diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.