Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kecurian 240 tin susu krimer di Lawas: Tiga suspek ditahan, dua positif dadah
  • JENAYAH

Kecurian 240 tin susu krimer di Lawas: Tiga suspek ditahan, dua positif dadah

Utusan Sarawak 13 hours ago
CURI SUSU TIN… Tiga suspek kes pecah stor kedai berjaya ditahan polis di Sundar. Foto IPD Lawas

LAWAS: Kecurian di stor kedai runcit di Pekan Sundar yang melibatkan kehilangan 240 tin susu krimer manis bernilai RM888 berjaya diselesaikan dengan penahanan tiga suspek.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata pihak polis menerima laporan berkaitan kecurian barang-barang jualan runcit di stor berkenaan pada 5 Februari lalu.

Pengadu memaklumkan bahawa pemeriksaan dalam stor mendapati 240 tin susu krimer manis telah hilang, dengan anggaran kerugian sebanyak RM888. Pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

RAMPAS... Pihak polis berjaya merampas 33 tin susu krimer manis daripada suspek. Foto IPD Lawas

“Bertindak pada hari yang sama melalui maklumat awam, sepasukan polis telah menyerbu rumah tidak bernombor di Sundar dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun, penganggur, kerana disyaki terlibat dengan kes jenayah curi.

“Pada malam yang sama, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun, kedua-duanya penganggur, kerana disyaki terlibat dalam kesalahan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak polis berjaya merampas 33 tin susu krimer manis daripada suspek. Ketiga-tiga suspek telah menjalani ujian air kencing dan dua suspek lelaki didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Ketiga-tiga suspek kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, manakala dua suspek lelaki dikenakan tindakan tambahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah ditahan di Jalan Punang Lawas
Next: Polis tahan lelaki tempatan positif dadah dalam Ops Tapis di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.