PEKAN: Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini semalam mungkin boleh dianggap yang paling ‘sunyi’ dan berlan Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.
gsung dalam keadaan paling tenang ekoran kebiasaan baharu yang diamalkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam memerangi pandemik Covid-19.
Berbeza daripada situasi pilihan raya sebelum ini, tiada perarakan penyokong yang membawa bendera atau laungan sorakan yang mengiringi calon masuk ke pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan dekat sini, sejak ia mula dibuka pada jam 8.00 pagi.
Bukan hanya penyokong, malah kelibat pemimpin parti bertanding juga tidak kelihatan di perkarangan IKBN, menandakan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRK kali ini.
Pemeriksaan keselamatan di pintu masuk utama juga diperketatkan, dengan hanya mereka yang benar-benar perlu hadir termasuk pengamal media dan kakitangan kesihatan dibenarkan masuk selepas menjalani pemeriksaan suhu badan, sebagai amalan jarakan sosial dalam perkarangan IKBN.
Ketiadaan penyokong juga menyaksikan tiada tepukan gemuruh setiap kali calon yang sah bertanding diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya Datuk Zaliza Zulkipli pada jam 10.30 pagi yang sedikit sebanyak menenggelamkan suasana ‘meriah’ yang sinonim pada penamaan calon.
Walaupun SPR telah menetapkan tiada perhimpunan dalam jarak 1.5 kilometer dari pusat penamaan, masih ada segelintir orang awam yang berada di luar pagar IKBN.
Kesuraman proses penamaan calon itu bagaimanapun ‘diserikan’ untuk beberapa minit apabila konvoi penyokong Barisan Nasional (BN) yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan motosikal berkuasa tinggi melalui jalan utama dengan membawa bendera dan melaungkan slogan ‘hidup BN’.
Amalan baharu khususnya jarakan sosial diperketatkan dalam dewan utama apabila jumlah kehadiran termasuk pihak media diminimumkan selain kedudukan kerusi bagi calon, pencadang dan penyokong dijarakkan satu meter antara satu sama lain.
Selain pemakaian pelitup muka, kebiasaan baharu yang melarang sentuhan juga menyebabkan setiap calon yang bertanding juga diberikan sarung tangan sebelum menyentuh semua peralatan dibawa SPR, selain perlu menggunakan cecair pembasmi kuman.
Sebagai langkah berwaspada terhadap wabak Covid-19, empat khemah Kementerian Kesihatan dibuka bersebelahan dewan utama IKBN sebagai persediaan untuk mengasingkan calon, pencadang atau penyokong jika mereka bergejala dengan kakitangan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE).
PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004.
Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.
Pada PRU-14 lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi. – Bernama