Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri Ahad
  • GLOBAL

Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri Ahad

Utusan Sarawak 2 months ago

Proses melihat anak bulan di Arab Saudi. Foto fail

ISTANBUL: Umat Islam di kebanyakan negara Arab akan menyambut Hari Raya, yang menandakan berakhirnya Ramadan, pada Ahad.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bahawa anak bulan Syawal – bulan ke-10 dalam kalendar Islam kelihatan pada Sabtu, mengesahkan bahawa Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada Ahad.

Pengumuman yang sama juga dibuat oleh Pejabat Wakaf Sunni di Yaman dan Iraq.

Namun, Oman menyatakan mereka akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, kerana anak bulan tidak kelihatan.

Hari Raya, festival yang menandakan berakhirnya Ramadan, adalah antara satu daripada dua perayaan utama dalam Islam, dengan satu lagi ialah Aidiladha. – BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin
Next: Pengumuman tarikh 1 Syawal Thailand petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.