Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran paip gas: Aktiviti pengorekan tanah dihentikan dua hari sebelum insiden
  • KEBAKARAN

Kebakaran paip gas: Aktiviti pengorekan tanah dihentikan dua hari sebelum insiden

Utusan Sarawak 1 month ago
KEBAKARAN saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan terdapat aktiviti pengorekan tanah dijalankan bagi menggantikan paip kumbahan 30 meter daripada kawasan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata bagaimanapun ia telah dihentikan pada 30 Mac.

“Kita telah kenal pasti kontraktor dan jentera backhoe bagi kerja ganti paip kumbahan. Malah hasil polis juga mendapati terdapat satu eskavator (jengkaut) yang ada di situ turut terbenam.

“Adakah aktiviti korek tanah ini menyebabkan letupan? Ini perlu dikumpulkan bagi mendapatkan keterangan adakah korek tanah itu menyebabkan letupan itu berlaku,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata polis telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah melibatkan elemen khianat dan kecuaian.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah merakam 56 keterangan termasuk mangsa, pemaju, kontraktor serta saksi pada hari kejadian.

“Empat kontraktor dan empat sub kontraktor telah dipanggil bagi dirakam keterangan dan siasatan bagi mengetahui sedalam mana mereka korek tanah untuk pasang paip kumbahan itu.

“Kita juga telah kenal pasti saksi utama, iaitu seorang pengawal keselamatan kedai lot yang berada 30 meter dari tempat letupan yang turut menyebabkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.

Hussein berkata setakat ini tiada mangsa dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit hasil siasatan oleh Pasukan Marin, Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Siasatan Forensik yang meninjau, memeriksa sungai berhampiran serta sekitar lokasi kejadian.

Bagaimanapun, Hussein berkata pihaknya masih menjalankan siasatan sekiranya kemungkinan terdapat mangsa di dalam excavator yang tertimbus itu.

Pada masa sama, Hussein berkata setakat ini pihaknya telah menerima 20 rakaman papan pemuka kenderaan daripada media sosial dan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

“Daripada video itu kita kenal pasti saksi kejadian dan semakan masih dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas jiran prihatin selamatkan lapan pintu daripada musnah terbakar
Next: Belukar terbakar berjaya dipadam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.