Kebakaran hutan di Poland terus marak selepas juruterbang pesawat pemadam api terkorban

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN hutan di Poland semakin kritikal ketika operasi pemadaman diteruskan susulan nahas pesawat pengebom air yang meragut nyawa juruterbang. Foto AGENSI

WARSAW: Pasukan bomba di Poland terus berusaha memadamkan kebakaran hutan besar di tenggara negara itu pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa yang memetik laporan agensi berita PAP.

Kejadian itu berlaku sehari selepas sebuah pesawat pengebom air terhempas, mengorbankan juruterbangnya.

Punca nahas pesawat pemadam kebakaran itu masih belum diketahui dan siasatan oleh pejabat pendakwa raya sedang dijalankan.

Kebakaran tercetus di Hutan Solska di selatan Lublin pada Selasa selepas beberapa minggu kemarau dan merebak dengan pantas, menurut PAP.

Menurut jabatan bomba, sebanyak 48 pasukan tindak balas kini berada di lokasi, dengan 58 lagi dijangka tiba dari wilayah Lublin dan Lesser Poland.

Menteri Dalam Negeri Marcin Kierwiński berkata pihak berkuasa bergantung kepada penggunaan dua helikopter pemadam kebakaran bagi mengelakkan api daripada terus merebak.- Bernama-dpa

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara