Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran di loji penapisan minyak Australia
  • GLOBAL

Kebakaran di loji penapisan minyak Australia

Utusan Sarawak 2 days ago

KEBAKARAN kilang penapisan di Geelong berjaya dikawal, bekalan bahan api tidak terjejas.

ISTANBUL: Kebakaran besar berlaku semalaman di loji penapisan minyak milik Viva Energy di Geelong, dipercayai akibat kegagalan peralatan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Australian Broadcasting Corporation pada Khamis.

Timbalan Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Victoria Michelle Cowling berkata kebakaran itu berjaya dikawal di satu bahagian loji serta tidak menjejaskan pengeluaran diesel, petrol atau produk petroleum.

“Jadi, ini tidak akan menambahkan lagi tekanan terhadap isu bekalan bahan api yang sedang kami hadapi,” katanya.

Viva Energy sedang melancarkan siasatan berhubung insiden itu. 

Cowling menjelaskan usaha memadam kebakaran berdepan kesukaran kerana sebuah menara gas petroleum cecair (LPG) dengan injap terbuka tidak dapat didekati secara fizikal akibat haba yang terlalu tinggi, manakala jurutera sedang berusaha dari jarak jauh untuk mengosongkan tangki berkenaan.

Menteri Tenaga Australia Chris Bowen berkata kemudahan itu masih mengeluarkan diesel dan bahan api jet, namun pada kadar lebih rendah sebagai langkah berjaga-jaga.  

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Loji penapisan Corio memproses kira-kira 120,000 tong sehari, bersamaan 50 peratus keperluan bahan api Victoria dan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan negara itu.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: 50 individu terkaya Malaysia cecah AS$116 bilion pada 2026 – Forbes
Next: Marapi meletus, Semeru catat beberapa letusan di Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.