Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran di kilang proses botol arak di Sibu berjaya dipadamkan
  • KEBAKARAN

Kebakaran di kilang proses botol arak di Sibu berjaya dipadamkan

Utusan Sarawak 5 hours ago

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. Foto kredit PGO Bomba Sarawak

SIBU: Satu kebakaran kecil di kawasan pemprosesan botol arak di Jalan Lanang di sini berjaya dipadamkan oleh anggota bomba petang semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi, kebakaran didapati berlaku di bahagian luar bangunan melibatkan kawasan berukuran kira-kira 10×10 kaki persegi, tanpa menjejaskan struktur premis.

“Kebakaran melibatkan kira-kira 15 peratus kawasan dan tidak membabitkan sebarang mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bersama satu nozel serta satu aliran 200 kaki dengan sumber air dari pam jentera sehingga api dipadam sepenuhnya.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Gudang silikon terbakar, Bomba kawal api lebih 14 jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.