Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran dapur rumah di Samariang, wanita melecur
  • KEBAKARAN

Kebakaran dapur rumah di Samariang, wanita melecur

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEBAKARAN melibatkan struktur kekal di bahagian dapur dan ruang makan dengan anggaran keluasan 20×18 kaki persegi, terbakar sebanyak 80 peratus, manakala api turut merebak ke bilik berhampiran sebanyak 10 peratus.

PETRA JAYA: Seorang wanita berusia 58 tahun mengalami kecederaan melecur dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Taman Putera, Bandar Baru Samariang, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.13 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi.

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan bahagian dapur serta ruang makan rumah berkenaan.

“Kebakaran melibatkan struktur kekal di bahagian dapur dan ruang makan dengan anggaran keluasan 20×18 kaki persegi, terbakar sebanyak 80 peratus, manakala api turut merebak ke bilik berhampiran sebanyak 10 peratus,” katanya.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan melecur di bahagian belakang dan tangan.

Mangsa menerima rawatan awal daripada pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan kaedah serangan secara ofensif dengan membentang satu aliran salur bantu mula serta satu aliran sepanjang 200 kaki, menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal pada 1.30 petang dan dipadam sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Pandi Seh dengan kekuatan seramai lapan anggota serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Turut berada di lokasi adalah pihak polis bagi membantu mengawal keadaan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Bomba Bintangor padam kebakaran belukar di Jalan Narasit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.