Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran dapur rumah di Kampung Mambong, tiada mangsa cedera
  • KEBAKARAN

Kebakaran dapur rumah di Kampung Mambong, tiada mangsa cedera

Utusan Sarawak 15 hours ago

SEBUAH rumah di Kampung Mambong mengalami kebakaran di bahagian dapur petang tadi, namun tiada mangsa dilaporkan cedera. Foto PGO Bomba Sarawak

SIBURAN: Sebuah rumah di Kampung Mambong mengalami kebakaran di bahagian dapur petang tadi, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada 3.10 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi sejauh 17 kilometer dan tiba pada 3.30 petang.

Komander Operasi, Ahmad Shah Sa’ad, berkata kebakaran melibatkan 95 peratus ruang dapur berkeluasan 10×20 kaki persegi yang digunakan sebagai tempat penyimpanan barang.

SEBUAH rumah di Kampung Mambong mengalami kebakaran di bahagian dapur petang tadi, namun tiada mangsa dilaporkan cedera. Foto PGO Bomba Sarawak

“Kebakaran turut memusnahkan beberapa perkakas elektrik dan sebuah motosikal jenis Yamaha Legend.

“Api berjaya dipadamkan oleh pemilik sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemadaman baki bara api menggunakan hos paip di rumah tersebut sebelum operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.10 petang.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran bahagian bateri kereta di Jalan Tabuan, pemilik cegah situasi jadi lebih buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.