Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran besar dan ‘letupan’ di tapak bekas pangkalan tentera udara
  • GLOBAL

Kebakaran besar dan ‘letupan’ di tapak bekas pangkalan tentera udara

Utusan Sarawak 18 hours ago
GAMBAR hiasan.

LONDON: Kebakaran besar berlaku di tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) di Oxfordshire, tenggara England, dengan saksi melaporkan bunyi letupan kuat dan asap hitam tebal menjulang dari lokasi kejadian, lapor PA Media/dpa.

Kira-kira 10 pasukan bomba dan penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran di Bicester, yang mencetuskan tindak balas besar dan amaran kepada penduduk tempatan agar kekal berada di dalam rumah.

“10 pasukan bomba dan penyelamat sedang menangani insiden serius yang sedang berlangsung di Bicester Motion sejak 6.39 petang (1739 GMT) Khamis.

“Kami menasihatkan orang ramai agar mengelakkan kawasan itu dan penduduk tempatan agar kekal berada di dalam rumah serta menutup semua tingkap sehingga diberitahu kelak,’’ menurut Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Oxfordshire.

Ahli majlis tempatan Sam Holland berkata kebakaran berlaku di Bicester Motion, sebuah pusat automotif dan penerbangan bersejarah yang terletak di bekas pangkalan udara itu.

Ia menempatkan lebih 50 perniagaan pakar yang memberi tumpuan kepada pemulihan dan kejuruteraan kereta klasik.

Punca kebakaran masih belum diketahui. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Raja Charles kini pada ‘fasa yang lebih baik’ melawan kanser
Next: China laksanakan dasar pengecualian visa kepada lima negara LAC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.