China laksanakan dasar pengecualian visa kepada lima negara LAC

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BEIJING: China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari lima negara Latin Amerika dan Caribbean (LAC).

Berita itu diumumkan sempena Mesyuarat Peringkat Menteri Forum China-Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) keempat yang diadakan di Beijing baru-baru ini.

Menurut keputusan itu, pemegang pasport biasa dari Brazil, Argentina, Chili, Peru, dan Uruguay yang datang ke China untuk tujuan berniaga, melancong, mengunjungi famili atau sahabat, pertukaran, dan transit selama tidak lebih daripada 30 hari, akan dikecualikan visa.

Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam satu taklimat pada Khamis menjelaskan bahawa untuk memudahkan pertukaran lawatan sesama rakyat, kerajaan China memutuskan untuk mengecualikan visa bagi pengembara dari lima negara berkenaan, berkuat kuasa bermula 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2026.

Lin menegaskan bahawa China akan mengekalkan keterbukaan bertaraf tinggi dan mengeluarkan lebih banyak dasar untuk memudahkan pertukaran lawatan antara China dengan negara luar.

Di samping itu, beliau menyatakan bahawa China mengalu-alukan lebih ramai pelancong asing untuk memanfaatkan dasar bebas visa untuk berkunjung ke China, melihat negara yang indah dan dinamik ini dengan mata sendiri.–Bernama-CMG

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,