Kebakaran berhampiran Lapangan Terbang Haneda Tokyo, penerbangan tidak terjejas

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba dilihat berada berhampiran sebuah bangunan yang sedang dirobohkan di kawasan Lapangan Terbang Haneda, tempat berlakunya kebakaran, di Tokyo pada 29 September 2025. Foto AFP

TOKYO: Sebuah tapak perobohan berhampiran Lapangan Terbang Haneda di Tokyo terbakar pada Isnin, namun insiden itu tidak menjejaskan lalu lintas udara, menurut pasukan bomba tempatan dan Kementerian Pengangkutan.

Menurut Agensi Berita Kyodo, satu panggilan kecemasan yang melaporkan asap hitam dan api di tapak berkenaan di Daerah Ota dibuat sekitar 9.10 pagi.

ANGGOTA bomba menjalankan tugas berhampiran sebuah bangunan yang sedang dirobohkan di kawasan Lapangan Terbang Haneda, tempat berlakunya kebakaran, di Tokyo pada 29 September 2025. Foto AFP

Pejabat lapangan terbang kementerian itu berkata kebakaran dipercayai bermula di sebuah hangar yang sedang dirobohkan.

Pasukan bomba dan polis berkata tiada kecederaan atau kehilangan nyawa disahkan dalam insiden itu.

Menurut bomba, kebakaran itu hampir dipadamkan sekitar 10.40 pagi.

-BERNAMA-KYODO