
PADAM KEBAKARAN....Anggota bomba memadamkan kebakaran belukar di Kampung 1 Malaysia pada malam tadi. Foto BBP Bintangor
BINTANGOR: Satu kes kebakaran belukar telah berlaku di Kampung 1 Malaysia di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.09 malam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Bakar Ujang dan lima anggota bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati api sedang marak membakar belukar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran belukar menggunakan satu aliran salur bantu mula dan sumber air dari tangki jentera bomba.
“Kebakaran belukar berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang 36 minit.
“Operasi di lokasi tamat sepenuhnya pada 8.49 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek