
SIBU: Kebakaran belukar seluas sekitar 0.005 hektar dilaporkan berlaku di hadapan sebuah rumah di Lorong 7D, Jalan Ulu Oya, malam tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.00 malam.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 14 kilometer dari balai dan tiba pada jam 10.15 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki, satu nozel serta sumber air daripada pili bomba berhampiran.
“Kawasan yang berjaya dipadam oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dianggarkan seluas sekitar 0.002 hektar. Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 11.23 malam,” katanya.
Oleh Akun Giman