SARIKEI: Kebakaran belukar pada petang kelmarin berhampiran kawasan perumahan Jalan Sakam, mencemaskan penduduk sekitar.
Penduduk yang melihat kebakaran tersebut bertindak pantas menghubungi pihak bomba untuk bantuan memadamkan kebakaran sebelum kebakaran merebak ke tempat lain.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.47 petang kelmarin.
“Betindak atas panggilan kecemasan tersebut, seramai 10 anggota bomba diketuai PBK II Mijan Pamin bergerak ke lokasi kebakaran belukar.
“Setibanya dilokasi, didapati kebakaran melibatkan belukar dianggarkan seluas 1/4 ekar. Operasi bermula pada jam 4.52 petang,” katanya ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.
Ujarnya, pasukan bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera untuk memadamkan kebakaran belukar.
“Operasi pemadaman api tamat pada jam 5.00 petang dan setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.
Oleh Earl Anek