Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • KDNK Korea Selatan menurun 2.9 peratus
  • GLOBAL

KDNK Korea Selatan menurun 2.9 peratus

Utusan Sarawak 5 years ago
BANK Korea. • Foto Bernama

SEOUL: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Korea Selatan menurun 2.9 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua 2020 berikutan pandemik Covid-19, menandakan penurunan terbesar sejak krisis 1998.

Menurut agensi berita Sputnik, memetik laporan agensi berita Yonhap berdasarkan laporan Bank of Korea pada Khamis, ekonomi Korea Selatan tidak jatuh begitu ketara sejak suku keempat 1998 apabila KDNK negara merosot sebanyak 3.8 peratus.

Berbanding suku pertama 2020, KDNK menurun sebanyak 3.3 peratus pada April-Jun.

“Ïni sebahagian besar disebabkan kejatuhan mendadak dalam eksport dengan penularan Covid-19, tidak seperti yang kami jangkakan bahawa ia akan turun perlahan-lahan,” kata Ketua Jabatan Perangkaan Ekonomi Bank Negara, Park Yang-su. 

Menurut angka yang dikeluarkan, eksport nasional turun 13.6 peratus dari  tahun ke tahun pada suku kedua 2020, yang merupakan kejatuhan terbesar sejak suku keempat 1974.

Ekonomi global kini berhadapan gelombang kemelesetan dan pergolakan berikutan pandemik Covid-19 yang masih berterusan- Bernama

Continue Reading

Previous: Arab Saudi enggan dedah cara pilih jemaah
Next: Korban global cecah 630,748

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.